Saturday, January 10, 2009

Warisan

Anak kecil main api

Terbakar hatinya yang sepi

Air mata darah bercampur keringat

Bumi dipijak milik orang


Nenek moyang kaya raya

Tergadai seluruh harta benda

Akibat sengketa sesamalah kita

Cinta lenyap di arus zaman


Indahnya bumi kita ini

Warisan berkurun lamanya

Hasil mengalir ke tangan yang lain

Pribumi merintih sendiri


Masa depan sungguh kelam

Kan lenyap peristiwa semalam

Tertutuplah hati terkunci mati

Maruah peribadi dah hilang


Kini kita tinggal kuasa

Yang akan menentukan bangsa

Bersatulah hati bersama berbakti

Pulih kembali harga diri


Kita sudah tiada masa

Bangunlah dengan maha perkasa

Janganlah terlalai teruskan usaha

Melayukan gagah di Nusantara

3 comments:

kakyong said...

salam..
terimbau kembali time asembly kat dewan budiman..

H said...

Bib, masa Jubli Perak last year, semua kena bangun n nyanyi lagu warisan nih dengan lagu maktab sekali kat dewan budiman tu.

Mrs.A said...

we walk around my boarding school on 31st August malam ..this is one of the songs we sing... and now.. I cant get it out of my head!